Wednesday, 15 February 2012

KUASA DOA.. BANYAKKAN BERDOA


Entri pada saat dan ketika ini adalah mengenai dengan adab-adab berdoa..
cik izzi berpendapat bahawa ada segelintir manusia atau lebih tepat lagi seorang MUSLIM yang tidak mengetahui tentang adab dan cara berdoa menurut islam, dan ada di antara kita yang menganggap perkara ini remeh sehingga kan apabila doa mereka tidak dimakbulkan mereka mengeluh dan terus berputus asa.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : '' Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.'' (Riwayat al-Hakim dan Ibn al-Dunya)
Semasa berdoa, pastikan kita mematuhi adab-adab berdoa seperti :

1) Berdoa dalam keadaan berwudhuk serta bersih daripada sebarang najis, kotoran dan hadas
2) Mulai doa dengan membaca bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah s.a.w
3) Duduk dan menghadap ke arah kiblat
4) Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.
5) Berdoa dengan besungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa tersebut, dan bukannya semata-mata membaca doa.
6) Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan merendahkan suara.
7) Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
( Mendoakan orang lain tanpa pengetahuan mereka adalah satu perkara yang sangat mulia dan terpuji )
8) Mengulangi bacaan doa sebanyak tiga kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
9) Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada pakaian, makanan, minuman dan pekerjaan.
10) Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup mahupun yang telah tiada.


# harus diingatkan dan perlu disemat dalam diri kita semua bahawa :

* Doa itu senjata orang mukmin
* Jangan sesekali kita berputus asa dalam berdoa
* Jangan bila mana kita berada dalam kesusahan sahaja kita berdoa..berdoalah pada setiap masa..setiap hari dan setiap ketika..
* Doa perlu seiring dengan usaha yang dilakukan oleh kita.. Allah sayang akan hambaNya yang rajin berusaha serta selalu mengingatiNya.






sekian sahaja untuk entri pada ketika ini
MAY PEACE BE UPON  YOU...



.





syukran kerana membaca entri yang seberapa nie :)