Wednesday 28 January 2015

Rindu itu adalah.. happiness :)



First post ever for 2015 :) (agaknya memang setahun sekali je post kot. Hihi)
Rindu. Yup tu je. T_T


Geng-geng B. Acct & Petro UUM. Kangen deh kangen.........




Geng-geng tradewinds UUM. Rindu taw rindu.....



syukran kerana membaca entri yang seberapa nie :)

Saturday 28 July 2012

D.U.I.T !





Ahlan wasahlan ya Ramadhan :)
alhamdulillah hari nie dah 8 hari umat islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa...
semoga bulan ramadhan kali ini membawa dan memberi keberkatan yang banyak kepada kita semua..insyaAllah ...
kurangkan berbelanja...kurangkan membuang masa... dan banyakkan bersedekah... :)

Post kali nie.. izzi nak menulis tentang peristiwa yang berlaku pada tanggal 26 Julai 2012.. dalam area pukul 3 petang.. haihhh.. peristiwa apa lagi.. RESULT EXAM lerrrr !

Ok.. izzi mengaku sebenanye seminggu sebelum exam izzi da x senang duduk.. asyik dok pikirkan result exam je.. tapi !!!!!

Alhamdulillah..izzi sangat berpuas hati dengan result yang izzi dapat.. masih lagi dekan.. dan yg paling teruja sangat ini first time dapat first class degree... ngeeeee... terus terang dengan result yang sebegini rupa, izzi x sabar2 nak daftar masuk u... nak cari banyak lagi ilmu sem 3 nanti..

Izzi nak cerita sikit pengalaman membuat revision untuk final exam sem lepas ... actually sem lepas merupakan sem yang lebih memberi tekanan kepada izzi berbanding dengan sem 1... subjek yang makin susah.. sampai ada masa tu rasa nak give up terus je.. haihhh.. tapi izzi berpegang pada prinsip.. JANGAN NAK MENGADA GIVE UP SEBELUM CUBA !!


Mungkin ada masa izzi rasa down giler sebab izzi selalu nak bandingkan diri izzi dengan kawan2 yang lain.. sampai izzi rasa izzi la paling tak pandai dari yang lain,..nak2 kawan - kawan izzi semuanya sangat bijak... PLEASE ! perasaan yang x best nie perlu dikikis dalam diri ! believe in yourself.. setiap manusia ada kelebihan masing - masing dan kekurangan yang tersendiri.. 


Setiap kali naik sem baru..izzi akan pasang niat untuk upkan pointer.. untuk tambah ilmu.. untuk jadi orang yang lebih pandai..untuk dapat pahala.. untuk capai cita-cita..untuk mak abah..dan yang paling penting untuk mendapat keberkatan dariNya.. bila kita da pasang niat macam tu..at least kita taw..kita perlu berusaha keras untuk merealisasikan niat tu.. itu yang izzi buat sem lepas.. izzi da bajet berapa banyak pointer yang izzi boleh dapat untuk setiap sem.. so, bila da buat macam 2.. kita akan selalu ingatkan diri kita untuk rajin usaha untuk capai niat & impian tu... INGAT ! BERUSAHA ! HWAITINGGGGGGGG
and satu lagi.. jangan nak hiraukan perkara-perkara yang remeh temeh sampai mengganggu konsentrasi nak study.. shuhh shuhh kan benda alah tu ! :)

DOA..USAHA..ISTIQAMAH..TAWAKAL..
ini prinsip izzi.. sepandai mana pun kita..sejauh mana pun kita cari ilmu.. jangan sesekali lupa kepada Yang Maha Esa...kita belajar nie bukan untuk dapat kejayaan kat dunia je.. tapi dekat akhirat jugak.. kita BELAJAR KERANA ALLAH..  :)

Dan mungkin dengan doa dan usaha izzi, alhamdulillah sem 2 izi dapat pointer yang amat menggumbirakan hati..hadiah Ramadhan barangkali :)
tQ Ya Allah ...
tQ mak abah..
tQ kawan-kawan
tQ lecturer2 
dan 
tQ untuk diri sendiri..

harapan untuk sem 3.. ~

hmmm hopefully sem 3 banyak lagi pelajaran yang baru izzi akan timba.. makin tough kot.. 7 subjek lagi.. insyaAllah boleh.. betulkan niat..berdoa..usaha.. ! FIGHTINGGG :))

motif gambar : 
# kalau penat study ..rehatkan lah otak tu..
sem lepas izzi hahhhh running man x boleh miss.. exam x exam.. game pulak sangat perlu.. habis je paper kedua akhir buat lepakking terhormat bersama kawan-kawan dekat padang besau..
tapi ! MISI UTAMA tu jangan sesekali dilupakan.. jimba jimba jugak .. nak excel dalam exam kamu kena bayar balik masa yang terbuang tu !!

:)


happy fasting u olls ...
May peace be upon you :)


syukran kerana membaca entri yang seberapa nie :)

Wednesday 15 February 2012

KUASA DOA.. BANYAKKAN BERDOA


Entri pada saat dan ketika ini adalah mengenai dengan adab-adab berdoa..
cik izzi berpendapat bahawa ada segelintir manusia atau lebih tepat lagi seorang MUSLIM yang tidak mengetahui tentang adab dan cara berdoa menurut islam, dan ada di antara kita yang menganggap perkara ini remeh sehingga kan apabila doa mereka tidak dimakbulkan mereka mengeluh dan terus berputus asa.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : '' Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.'' (Riwayat al-Hakim dan Ibn al-Dunya)
Semasa berdoa, pastikan kita mematuhi adab-adab berdoa seperti :

1) Berdoa dalam keadaan berwudhuk serta bersih daripada sebarang najis, kotoran dan hadas
2) Mulai doa dengan membaca bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah s.a.w
3) Duduk dan menghadap ke arah kiblat
4) Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.
5) Berdoa dengan besungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa tersebut, dan bukannya semata-mata membaca doa.
6) Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan merendahkan suara.
7) Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
( Mendoakan orang lain tanpa pengetahuan mereka adalah satu perkara yang sangat mulia dan terpuji )
8) Mengulangi bacaan doa sebanyak tiga kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
9) Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada pakaian, makanan, minuman dan pekerjaan.
10) Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup mahupun yang telah tiada.


# harus diingatkan dan perlu disemat dalam diri kita semua bahawa :

* Doa itu senjata orang mukmin
* Jangan sesekali kita berputus asa dalam berdoa
* Jangan bila mana kita berada dalam kesusahan sahaja kita berdoa..berdoalah pada setiap masa..setiap hari dan setiap ketika..
* Doa perlu seiring dengan usaha yang dilakukan oleh kita.. Allah sayang akan hambaNya yang rajin berusaha serta selalu mengingatiNya.






sekian sahaja untuk entri pada ketika ini
MAY PEACE BE UPON  YOU...



.





syukran kerana membaca entri yang seberapa nie :)